Lawyerment Discussion Forum
The Malaysian Law Discussion Forum for All
Forum Home | Sign In | Sign Up | Search | Help | Lawyerment HomePost a New Message | Reply this Thread | Printer

Home / Malaysia Bankruptcy Law / Business & Consumer Bankruptcy Law
Hak penjamin
Apa hak hak penjamin

New MessageHak penjamin (modified 0 times) Penjamin teranaiya
Lebih 10 tahun lepas, saya dan suami beli rumah abang dia. Dalam pada itu hubungan saya dan suami ada masalah. Rumah dibeli dengan suami (bekas) dan saya diletakakan hanya sebagai penjamin. Setahun kemudian, kami bercerai. Rumah tersebut disewakan oleh bekas suami, hasil sewa dia ambil tapi tak bayar bank. Bank kejar saya dan saman saya. Macam nak gila saya dibuatnya. Bila tanya ex suami dia jawab " bank yang cari awak bukan saya yang suruh bank cari awak.. awak settlela sendiri". Saya tulis surat kepada bank merayu supaya cari owner dan bukan saya sebagai penjamin. Masa di pejabat insolvesi, saya baru tahu saya tak ada salinan agreement jual beli. Minta di bank dapat salinan dan saya terkejut saya sebenarnya tak tanda tangan surat itu.
Saya dah lebih 5 tahun bankrap. bekas suami tidak bankrap dan rumah tersebut masih disewakan dan hasilnya masih diambil tanpa bayar pada bank. sekarang saya ambil peguam untuk buang nama saya sebagai penjamin sebab tandatangan itu bukan tandatangan saya. tapi bank guna balik surat rayuan saya tempoh hari sebagai afidevit dan kata saya mengaku saya sebagai penjamin. Apa perlu saya buat? Ada peluang tak untuk saya lepas dari masalah ini? Perlu tak saya sambung lagi dgn kes ini. Duit saya dah habis. saya perlu berjimat sebab anak anak dengan saya dan saya tak dapat nafkah walau 10 sen pun. TOLONG LAH SAYA PERLU TAHU.
25 Jan, 2011 21:30:09

New MessageRE:Hak penjamin (modified 0 times) notalawyer
Penjamin sosial tidak boleh dibankrapkan sebelum penghutang.
Ini adalah pindaan dalam Akta Kebankrapan sejak tahun 2003.

Section 5. (3)
A petitioning creditor shall not be entitled to commence any
bankruptcy action against a social guarantor unless he proves to
the satisfaction of the court that he has exhausted all avenues to
recover debts owed to him by the debtor.

Betulkah bekas suami u belum bankrap?

26 Jan, 2011 08:50:52

New MessageRE:Hak penjamin (modified 0 times) Penjamin teraniaya
Semasa saya ambil peguam 2 tahun lepas untuk mengeluarkan nama says dari bankrap dengan menidakakan tandatangan saya itu, saya telah berjumpa dgn penyewa rumah tersebut dan dia telah beri saya slip bayaran sewa yang dibayar melalui bank ini slip.

apa yang patut saya buat? Patutkah saya teruskan kes ini kerana nampaknya peguam saya mengambil masa 2tahun dan hany semalam saya diberitahu bahwa afidivit dari bank menggunakan surat rayuan saya dulu mengatakan saya dengan rela dan mengaku saya adalah garantor. Saya mahukan keadilan dimana owner yang mendapat hasil sepatutnya yang dikejar dan bertanggung jawab. Nampaknya semua usaha saya hanya menunding kepada saya dan seolahnya saya yang berhutang. Kalau saya teruskkan kes ini, saya percaya peguam saya akan meminta bayaran lagi. Apa patut saya buat. Diamkan... atau teruskan kes ini. Saya perlu berjimat dan saya juga harus fokus untuk terus hidup memamstikan kehidupan anak-anak saya berjaya. Apa yang perlu saya lakukan?

26 Jan, 2011 23:30:12

New MessageRE:Hak penjamin (modified 0 times) notalawyer
Bilakah affidavit jawapan dari bank diterima oleh peguam u? Sudah berapa minggu/bulan?
Apakah jenis tindakan yang difailkan oleh peguam u untuk usaha ini?
Saman Pemula, Writ Saman, Saman Dalam Kamar atau Rayuan?

Jika surat rayuan u tidak ada pengataan "Tanpa Prejudis", surat tersebut boleh digunakan sebagai bukti yang u telah mengaku menjadi penjamin. Tindakan u tentu akan dikalahkan.
Jika peguam u tahu tentang surat ini, dia sepatutnya menasihatkan u bahawa melawan dari sudut ini akan kalah.

Sebaliknya, jika surat rayuan u ada tertulis pengataan "Tanpa Prejudis" dan u masih ada surat tawaran bank untuk pinjaman yang mengatakan bahawa penjamin tidak diperlukan ataupun tidak ada apa-apa kenyataan tentang keperluan penjamin, mungkin tindakan u boleh berjaya.

U boleh check nombor IC bekas suami u dalam laman immigresen
http://sspi2.imi.gov.my/
Kalau tiada halangan perjalanan, maknanya dia belum bankrap.

Kalau benar dia belum bankrap dan u menjadi bankrap selepas tahun 2003, u mungkin boleh lawan dari sudut yang bank telah melanggar Seksyen 5.(3) Akta Kebankrapan dan Mahkamah boleh melepaskan u dari belenggu bankrap.

27 Jan, 2011 08:47:36

New MessageRE:Hak penjamin (modified 0 times) Penjamin teraniaya
Saya mahu melepaskan diri dari bankrap, tetapi tidak ada duit lagi untuk bayar peguam bagi permohonan baru.
Juga tak berani mewakili diri sendiri di mahkamah tinggi.
APA LAGI YANG BOLEH SAYA BUAT. TOLONGLAH SAYA.
18 Feb, 2011 13:54:16

New MessageRE: Hak penjamin (modified 0 times) Anwar
@ Penjamin teraniaya,

Kalau tak berani, sampai mati pun bankrap juga.
Kita boleh tolong tapi adakah saudara menpunyai semangat, "1Malaysia Boleh!".

Orang bankrap bukan warga kriminal. Kita mesti berjuang untuk negara
and Tanah Air kita.

20 Feb, 2011 20:46:58


Post a New Message | Reply this Thread | Printer | Forward
All times are MYT


Copyright © 1999-2014 Lawyerment.com. All rights reserved

Privacy Policy | Terms Of Use | Contact | About Us | Advertising Opportunities
Disclaimer - Please Read Carefully

These Bulletin Board pages are intended as a public service primarily to allow non-lawyers and lawyers to share experiences and opinions with other non-lawyers and lawyers. They are NOT intended to be a source of advertising, solicitation, legal advice, self-promotion or disparagement. Lawyerment assumes absolutely no responsibility for postings or their content. Visitors may post questions, comments and replies without prior review by Lawyerment, but we reserve the right to delete any postings (in whole or in part) for any reason at any time.
However, the fact that a posting remains on site NEVER means that it has been approved or endorsed by Lawyerment. By making a posting you are agreeing that the material you post becomes the property of Lawyerment. Lawyerment is a unit of Magnificent Communication. Visitors should exercise great caution when reading this (or any other) Bulletin Board. Be aware that those who post messages may not be who they claim to be. Never to rely on any advice in legal matters except from an attorney you have retained to represent you and your interests. To locate and retain an attorney we suggest you visit our Lawyerment Lawyers' Directory.
Click here to visit Lawyerment.com for 1000's of answers to legal questions. Please read our Privacy Policy and Disclaimer & Conditions Of Use.
Copyright © 1999-2014 Lawyerment.com. All rights reserved