Lawyerment Discussion Forum
The Malaysian Law Discussion Forum for All
Forum Home | Sign In | Sign Up | Search | Help | Lawyerment HomePost a New Message | Reply this Thread | Printer

Home / Malaysia Bankruptcy Law / Business & Consumer Bankruptcy Law
saya teraniaya...
bukan sbg penjamin

saya teraniaya...saya teraniaya... (modified 0 times) akmail
Hi kwn2..Ini kisah saya..sewaktu sy belajar di maktab (2003)abg kandung sy minta sy buka akaun semasa(ada buku cek),masa tu sy tak terfikir keburukan y akn ditanggung kmdn hr..Smpilah 2005 dpt saman, sy sbg defendan kedua, mengatakn bahawa sy telah mengeluarkn cek tendang.Jd, client abg sy (sy langsung tak kenal mereka)tu saman abg sy dan sy.Utk makluman,sy bukanlah ada apa2 kaitan dlm company abg sy tu...client tu beri pinjaman modal kpd abg sy RM200k..dimasukkan ke dlm nama company abg sy..utk pembayaran pertama berjumlah RM14k telah dpt ditunaikan oleh client tu...cek y kedua tak dpt ditunaikan krn wang tidak mencukupi dlm akaun..bila dpt surat saman tu sy jd takut,waktu tu tak berani nk berurusan dgn peguam, jd sy serahkan bulat2 kpd abg sy utk bertindak,sbb bg sy dia harus bertanggungjwb atas apa y berlaku..smpilah 2008,company abg pun da tutup dia pun keje biasa ja skrg...sy dpt surat penghakiman,mengatakan bahawa mahkamah memutuskan utk abg sy dan sy membayar tuntutan plaintif sbyk RM224k..waktu tu sy bertambah tertekan(da rasa tertekan semenjak dpt surat saman 2005 dl)..abg sy ada cr peguam,tp mgkn sbb tak dibayar atau apa sy pun tak pasti peguam tu berhenti mengendalikan kes ni..bln 6 2009 kami dpt NOTIS KEBANKRAPAN..Waktu ni sy baru berani berjumpa peguam...jumpa peguam y pertama dia kata tak ble buat apa2 lg...jumpa y kedua dia kata kenapa lewat sgt nk bertindak..(mmg sy akui salah sy)..jumpa peguam y ketiga(tanpa pengetahuan abg)pun ckp benda y sama..dia kata mmg abg sy y bersalah dlm hal ni..sy teraniaya...boleh lawan balik tp kosnya tinggi sampai RM15k...Itupun tiada jaminan utk menang...(bukannya sy dpt sesen pn bg pjm buku cek tu dulu..bodoh betulll)...smpikan plaintif hntr surat kpd majikan sy dan Pihak jabatn negeri awal januari 2010 memaklumkan notis kebankrapan sy ni dan minta mereka menasihati sy spy menyelesaikan masalah ini...(sbnrnya sy ble berbincang dgn mereka,tp plaintif tu minta bwk abg jgk utk berbincang)..jd sy ni dikambing hitamkan oleh mereka...sbbny,plaintif pn tahu bhw sy hanya pihak y mengeluarkan cek shj...bukan sy y pakai duit mereka..abg sy ja y pakai..tp sy rasa sy ni nk dijadikan tebusan oleh plaintif..apa y merisaukan sy ialah sy penjawat awam..tp sblm ni sy da call JIM, tanya samada rumah atas nama sy ni adakah akan dilelong..pegawai tu kata mereka tak akan mentadbir rumah sy ni sbb sy hanya ada sebuah rumah sj,lgpun ble mendatangkan kemudaratan kpd sy...tu y paling sy lega...umur sy pun br 28 tahun...nk upah peguam pun mahal smpi RM15k...nk bt loan bank da lebih 60% potongan gaji...(silap sy dulu sbb terpengaruh dgn kehidupan mewah abg sy waktu company dia aktif dulu)..mula2 kerja sy suka bt loan..beli baju mahal2 dan sbgnya..tp skrg da ada anak 3 barulah sy insaf dgn sebenar2nya....skrgni sy tak tau nk buat mcmana..samada nk biarkan ja diri ni menunggu surat isytihar bankrap atau lawan balik...kpd sesiapa y ble bg pandangan saya alu2kan..
26 Jan, 2010 02:04:58

RE:saya teraniaya...RE:saya teraniaya... (modified 0 times) notalawyer
pegawai tu kata mereka tak akan mentadbir rumah sy ni sbb sy hanya ada sebuah rumah sj,lgpun ble mendatangkan kemudaratan kpd sy...tu y paling sy lega
Ini tidak benar.
Sebab bank tidak boleh mencaj faedah keatas akaun seseorang yang bankrup dan juga tidak boleh menerima apa-apa bayaran ansuran dari sesiapa yang bankrup.
Rumah u tentu akan dilelong.

Adakah plaintif itu sebuah bank?
Adakah abg u boyfren u?

26 Jan, 2010 19:34:39

RE:saya teraniaya...RE:saya teraniaya... (modified 0 times) just-ree
kesiannye..

but jgn ulangi sikap anda ye..loan2 itu..kecuali memang utk kemudahan asas..

26 Jan, 2010 20:41:27

RE:saya teraniaya...RE:saya teraniaya... (modified 0 times) akmail
trima kasih atas respon y diberikan...plaintif tu BUKAN bank atau syarikat kewangan...dia adalah individu perseorangan sahaja...apa y saya tahu plaintif tu tidak ada sebarang perjanjian bertulis pun berkenaan pinjaman tu kepada abang saya...abang tu ialah abang kandung saya...
27 Jan, 2010 00:00:47

RE:saya teraniaya...RE:saya teraniaya... (modified 0 times) akmail
Ini tidak benar.
Sebab bank tidak boleh mencaj faedah keatas akaun seseorang yang bankrup dan juga tidak boleh menerima apa-apa bayaran ansuran dari sesiapa yang bankrup.
Rumah u tentu akan dilelong.
Sy kurang faham dgn frasa di atas...
Ok,katakanlah sy da di isytihar bankrup...y bt sy bankrap ni bukan bank...individu tu lah(client abg sy)...jd bila da bankrap, apa y saya tahu sy kena byr bulan2 kpd JIM mngkut kemampuan sy...Duit y sy byr bulan2 tu akn dikumpulkan smpai pd satu masa akan diagih2kan kpd pemberi hutang...adakah ini termasuk bank2 y pernah sy bt loan peribadi?Rumah tu pun baru setahun sy beli...bayar dgn government pn tak habis lagi...lama lg...jd mcmana ya?Ble u terangkan ckit kpd sy?
Trima kasih...
27 Jan, 2010 00:14:14

RE:saya teraniaya...RE:saya teraniaya... (modified 0 times) notalawyer
Yang pertama, sesiapa yang bankrup tidak dibenarkan memiliki apa-apa harta yang melebihi RM 5,000 nilainya.
Yang kedua, kerajaan yang beri pinjaman perumahan you tidak boleh mencaj apa-apa faedah pinjaman keatas sesiapa yang bankrup selepas 6 bulan.
Ini akan menyebabkan kemudahan pinjaman tersebut tidak lagi boleh berjalan.
Oleh yang demikian, rumah you tentu akan dilelongkan, tidak kira siapa yang buat you bankrup.
Jangan senang percaya kata kata orang.

Adakah Syarikat abg you sebuah syarikat Sdn Bhd?
Kemungkinan tinggi you adalah seorang Pengarah syarikat ataupun Partner syarikat, bukan kongsi akaun semasa sahaja.
Rujuk balik kepada saman dan Kenyataan Tuntutan plaintif.

27 Jan, 2010 08:29:24

RE:saya teraniaya...RE:saya teraniaya... (modified 0 times) AKMAIL
Terima kasih krn masih sudi memberi respon kpd sy..
Saya BUKANLAH seorang pengarah syarikat,dan saya TIDAK MEMEGANG apa2 jawatan pun dalam syarikat abang saya tu...
Saya tidak ada nama langsung dalam j/kuasa organisasi company abang saya tu..
Dalam surat tuntutan pun tidak dinyatakan saya ni sebagai pengarah syarikat ka atau apa yang berkaitan dgn company abang saya tu...

Skrg sy sdg berusaha utk dptkan wang untuk lantik lawyer bagi mempertahankan diri saya...
Lagi satu soalan...
Minggu lepas,pihak plaintif telah menghantar satu surat pemberitahuan kepada majikan saya dan jabatan pelajaran mengenai status kebankrapan saya, dan di dalam surat itu dia ada meminta supaya ketua jabatan menasihati saya supaya menyelesaikan masalah ini..
Adakah pihak plaintif boleh berbuat demikian?Bukankah itu hal peribadi dan ini mengaibkan saya..Pihak plaintif sendiri mengetahui bahawa saya tidak ada kaitan dengan duit dia...Y melibatkan saya disebabkan cek tu sahaja...Dlm hal ini sy rasa pihak plaintif sengaja menjadikan saya sebagai tebusan dgn harapan sy dapat buat loan untuk membayar hutang abang saya setelah pihak plaintif mengetahui bahawa abang saya sudah tidak mempunyai apa2 lagi sekarang ni disebabkan company dia da tutup.....

27 Jan, 2010 16:20:15

RE:saya teraniaya...RE:saya teraniaya... (modified 0 times) notalawyer
U belum jawab soalan ini :=> Adakah Syarikat abg u sebuah syarikat Sdn Bhd?

Surat Tuntutan tidak sama dengan Saman dan Kenyataan Tuntutan.
Cari balik Saman dan Kenyataan Tuntutan atau dapatkan dari abang u.

Jika surat tuntutan tidak menyatakan u sebagai pengarah, apakah yang dinyatakan terhadap diri u?
Adakah u menerima apa-apa notis atau perintah mahkamah selepas u menerima Notis Kebankrapan?

Tingkah laku mereka memberitahu bos u kurang baik, tapi mereka juga nak wang mereka balik.

27 Jan, 2010 16:56:19

RE:saya teraniaya...RE:saya teraniaya... (modified 0 times) akmail
company abg sy ialah sdn. bhd.
dlm penyata tuntutan mengatakan
6)Defendan pertama(abg saya) atas persetujuan defendan kedua(saya) telah mengeluarkan satu keping cek milikan akaun defendan kedua(saya)kpd plaintif untuk tujuan menjelaskan pinjaman tersebut. Cek pertama berjumlah RM14k telah ditunaikan dan diserahkan.

7)Defendan pertama(abg saya) juga atas persetujuan defendan kedua (saya) telah mengeluarkan dua keping cek milikan akaun defendan kedua kpd plaintif untuk tujuan menjelaskan pinjaman tersebut tetapi kedua-dua cek telah dikembalikan setelah diserahkan atas alasan "akaun tutup".

28 Jan, 2010 18:33:40

RE:saya teraniaya...RE:saya teraniaya... (modified 0 times) notalawyer
Apa lagi yang Penyata Tuntutan itu sebut tentang diri u?
Amat mengelirukan. Macam tak ade kausa tindakan yang betul.
Kalau betul tak ade "kausa tindakan" (sebab-sebab tindakan mahkamah yang munasabah),
penghakiman yang mereka perolehi boleh diketepikan, tetapi bukan senang kerana sudah amat lambat.
Berapakah amaun yang dituntut dalam Surat Tuntutan, Penyata Tuntutan dan Notis Kebankrapan?
28 Jan, 2010 19:49:05

RE:saya teraniaya...RE:saya teraniaya... (modified 0 times) akmail
ini yg saya pelik nie?Antara y terkandung dlm penyata tuntutan ialah
3. Defendan kedua(saya) adalah seorang individu y mempunyai alamat penyampaian di .........................
4. Melalui suatu perjanjian secara lisan, plaintif (MR.M) melalui pengurusnya ....... telah memasuki satu transaksi pinjaman modal perniagaan dgn defendan pertama(abg saya).Antara syarat2 perjanjian tersebut plaintif bersetuju mengeluarkan pinjaman modal perniagaan kpd defendan pertama(abg saya) sbyk RM200k dan sbg balasan defendan pertama bersetuju menjelaskan/membayar semula pinjaman tersebut kpd plaintif sbyk RM236k.
5. Plaintif pd ........ telah memasukkan jumlah sbyk RM200k ke dalam akaun .......SDN. Bhd. atas arahan defendan pertama(abg saya) di mana defndan pertama (abg saya) adalah salah seorang pemegang saham dan pengarah syarikat tersebut.

(perenggan 6 & 7 adalah seperti y saya tuliskan sebelum ini)

8. Walaupun beberapa permintaan telah dibuat oleh pengurus plaintif kpd defendan pertama spy menjelaskan pinjaman tersebut tetapi defendan-defendan telah gagal dan /atau telah cuai dan/atau dgn sengaja enggan menjelaskannya.

itulah antara y dinyatakan dalam penyata tuntutan..
Mereka saja nak 'kenakan' sy sbgamana y saya ckp dulu...Mereka seolah2 jadikan sy sebagai tebusan untuk mereka dptkan semula wang mereka...

Soalan saya, bolehkah saya menggunakan khidmat Biro Bantuan Guaman?Saya fikir BBG mungkin mujrah sikit berbanding peguam swasta...Apa pendapat notalawyer?

31 Jan, 2010 08:34:40

RE:saya teraniaya...RE:saya teraniaya... (modified 0 times) notalawyer
Mahkamah yang mana ni?
Adakah alamat penyampaian u yang dinyatakan dalam kenyataan tuntutan itu betul? Ini mustahak.
Setahu saya BBG hanya akan membantu kes sivil jika pendapatan u kurang dari RM 1500 sebulan.
Kemungkinan tinggi u belum jadi bankrup sebab u belum menerima apa-apa notis atau perintah selepas notis kebankrapan.
Tetapi, u mungkin akan menjadi bankrup dalam masa 1-5 bulan ini.
Kalau u tak mahu jadi bankrup, u kena bertindak cepat.

Kalau u berani, u boleh membuat permohonan sendiri ke mahkamah tanpa peguam.
U mesti membuat Permohonan untuk Ketepikan Penghakiman tersebut.
Tapi jika sebelum permohonan itu didengar di mahkamah, plaintif failkan Petisyen Pemiutang, u kena failkan
Permohonan Menggantung Pelaksanaan Penghakiman tersebut
dan sedia gempur dgn mereka pada hari pendengaran.

Kalau u tak takut, kami boleh tolong u.

31 Jan, 2010 12:54:49

RE:saya teraniaya...RE:saya teraniaya... (modified 0 times) notalawyer
Lagi,

Plaintif itu ade tak lesen meminjam wang?

31 Jan, 2010 12:59:27

RE:saya teraniaya...RE:saya teraniaya... (modified 0 times) akmail
penghakiman di buat di mahkamah sesyen shah alam..
notis kebankrapan difailkan di mahkamah tinggi Ipoh...(sebab saya tinggal di kampar,perak)
Ya ka begitu?Macammana saya ble hubungi notalawyer...?
Yang memberi pinjaman modal kpd abg sy tu bukannya pemberi pinjam kewangan...sbnrnya mereka kawan sahaja dulunya...
Ble tak notalawyer bagitahu kpd sy apa yg saya perlu lakukan dlm masa terdekat nie...?
Sy sanggu ambil cuti rehat untuk selesaikan masalah saya ni walaupun kena turun KL...disebabkan benda ni fikiran saya sume terganggu...
31 Jan, 2010 17:47:22

RE:saya teraniaya...RE:saya teraniaya... (modified 0 times) akmail
alamat penyampaian saman dan penyata tuntutan tu dihalakan ke rumah ibu saya..dulu mmg sy tinggal dgn ibu,skrg tidak lagi...dia dpt alamat tu pun sebab ank saudara saya yang beritahu mereka..dulu anak saudara saya ni bekerja dgn abang saya, bila abang saya da 'down',entah macammana kami dpt tahu dia mula bersekongkol dgn pihak plaintif...khabarnya, dia ditawarkan bekerja dgn plaintif...seingat saya dulu masa mula2 dpt surat saman, anak saudara sayalah yang minta alamat kampung dan alamat tempat bekerja saya..kalau tak,mcmana mereka ble tahu...sebab masa tu dia kata,kalau tak nak plaintif hantar polis tangkap saya sy kena bekerjasama dgn mereka...(masa tu sy amat takut sebab tak tahu undang2)...lepas beberapa bulan, ada pegawai polis dari bukit aman call saya dia minta saya dan abang saya settlekan perkara ni di luar mahkamah...(waktu itu saya tak terfikir pun apa kaitan polis ni dgn kes saya ni)....Adakah polis tu ada kuasa campurtangan dalam kes ni?
31 Jan, 2010 17:59:59

RE:saya teraniaya...RE:saya teraniaya... (modified 0 times) notalawyer
Ade tak perjanjian bertulis antara plaintif dgn abang u atau syarikat abg u?
Adakah plaintif itu Ah Long?
Sebuah syarikat Sdn bhd mesti ade sekurang-kurangnya 2 orang pengarah dan 2 orang pemegang saham.
Kalau u bukan pengarah atau pemegang saham, siapakah pengarah yang kedua?
U hanya boleh hubungi saya melalui forum ini.

Polis tidak ade kuasa campurtangan dalam kes sivil, melainkan ada orang buat repot yang ada penipuan berlaku.
Kalau ada penipuan berlaku, ia menjadi kes jenayah.
Kadangkala ada orang cuba guna nama polis untuk takutkan orang lain.

31 Jan, 2010 23:47:31

RE:saya teraniaya...RE:saya teraniaya... (modified 0 times) akmail
dlm penyata tuntutan tu pun mmg dnyatakan tiada perjanjian bertulis antara plaintif dgn abg saya..company tu bkn ah long setahu sy...apa y saya tahu...pengarah kedua tu isteri abang sy..pemegang saham pula ialah kwn2 dia y satu company dgn dia....sy da call BBG..katanya mereka hanya akan bantu mereka y berpendapatan kurang RM25K-30K shj...jd sy layak untuk dibantu..dan hanya perlu beri sumbangan RM300 shj...
01 Feb, 2010 22:46:00

RE:saya teraniaya...RE:saya teraniaya... (modified 0 times) akmail
notalawyer,
boleh tak klu saya taip surat sendiri dan dihantar terus kpd pendaftar mahkamah sesyen shah alam untuk minta supaya penghakiman y telah dijatuhkan kpd sy dibicarakan semula tanpa menggunakan khidmat peguam?Dalam surat tu nanti sy akn nyatakan sekali pembelaan diri saya kpd tuan hakim..?

boleh tak saya buat surat akuan bersumpah y menyatakan bahawa saya memang tidak terlibat dalam penggunaan wang RM200k tu...?

02 Feb, 2010 18:41:59

RE:saya teraniaya...RE:saya teraniaya... (modified 0 times) notalawyer
Tadi u kata nak guna peguam BBG....
02 Feb, 2010 19:53:01

RE:saya teraniaya...RE:saya teraniaya... (modified 0 times) akmail
sy takut mereka lewat bertindak...
02 Feb, 2010 23:53:30

RE:saya teraniaya...RE:saya teraniaya... (modified 0 times) notalawyer
Kalau u nak buat sendiri, mungkin u kena turun ke KL sebanyak 5-8 kali untuk urusan failing dan pendengaran.
Lepas tu u kena berani mewakili diri sendiri bercakap di hapadan hakim.
Boleh tak u buat begitu?
03 Feb, 2010 08:13:00

RE:saya teraniaya...RE:saya teraniaya... (modified 0 times) akmail
semalam sy da pergi dapatkan nasihat dari BBG...mereka tak dapat nk tolong saya...tapi mereka kata sy ada peluang sekiranya saya lantik peguam swasta...Apa yg menarik rupa2nya skrg ada akta baru yang diubah..iaitu, seseorang pegawai kerajaan yang diisytihar bankrap oleh individu tertentu @ bank, maka rumahnya (masih ada pinjaman dgn kerajaan) pihak PPH tidak akan mentadbir (kerana akan mendatangkan kemudaratan kpd si bankrap) kecuali dia ada dua buah rumah.
18 Feb, 2010 18:27:46

RE:saya teraniaya...RE:saya teraniaya... (modified 0 times) notalawyer
Ape sebab yang BBG bagi tak mahu tolong u?
Apakah nama akta baru yang u sebut tu?
18 Feb, 2010 19:47:49

RE:saya teraniaya...RE:saya teraniaya... (modified 0 times) Jesus
Are you all writing Spanish or French?

Firefly is the same person as Notalawyer.
Firefly cannot fly and has no fire. Just empty bottles
making lots of noisy comments!

I'm now back to continue my fight against notalawyer.
Notalawyer is not a lawyer.

I was heavily crucified in November/December last year
by notalawyer and his forum gang. I cooled off and took
a break because of massive bombardments against me.

I now want to expose the truth, nothing but the truth
about notalawyer. Justice must prevail this time.
Watch out you guys!

19 Feb, 2010 12:05:50


Post a New Message | Reply this Thread | Printer | Forward
All times are MYT


Copyright © 1999-2011 Lawyerment.com. All rights reserved

Privacy Policy | Terms Of Use | Contact | About Us | Advertising Opportunities
Disclaimer - Please Read Carefully

These Bulletin Board pages are intended as a public service primarily to allow non-lawyers and lawyers to share experiences and opinions with other non-lawyers and lawyers. They are NOT intended to be a source of advertising, solicitation, legal advice, self-promotion or disparagement. Lawyerment assumes absolutely no responsibility for postings or their content. Visitors may post questions, comments and replies without prior review by Lawyerment, but we reserve the right to delete any postings (in whole or in part) for any reason at any time.
However, the fact that a posting remains on site NEVER means that it has been approved or endorsed by Lawyerment. By making a posting you are agreeing that the material you post becomes the property of Lawyerment. Lawyerment is a unit of Magnificent Communication. Visitors should exercise great caution when reading this (or any other) Bulletin Board. Be aware that those who post messages may not be who they claim to be. Never to rely on any advice in legal matters except from an attorney you have retained to represent you and your interests. To locate and retain an attorney we suggest you visit our Lawyerment Lawyers' Directory.
Click here to visit Lawyerment.com for 1000's of answers to legal questions. Please read our Privacy Policy and Disclaimer & Conditions Of Use.
Copyright © 1999-2011 Lawyerment.com. All rights reserved