Kawan-kawan,
Saya seorang majikan yang sudah menemui kehancuran hidup tetapi masih terus hidup.
Saya ada membaca info dari forum thread ini, http://www.lawyerment.com.my/boards/article-Malaysia_Business_Consumer_Bankruptcy_Law-670.htm?Page=5 , sungguh berterima kasih pada yang menyumbang.
Saya memang seperti yang dikatakan dalan thread ini. Saya memang tidak berupaya membayar sesiapa dan tidak punya sebarang harta untk melunaskan hutang. Hutang saya cukuplah disenaraikan ke dalan senarai kebankrapan sejak April 2009, Pada April 30,2009, syarikat kami ditamatkan. Kita belum lagi diistiharkan bankrap kerana setakat ini pembekal atau sipiutang ada memberi surat gauman kepada kita. Kita tidak ambil peduli kerana tidak punya wang untuk mencari peguam. Sampai sekarang,kita belum ada kerja ditangan dan berumur >40 tahun. Pokoknya hidup sudah sudah, tak sanggup nak bayar apa-apa.
Malangnya, kita telah menerima surat dari KWSP pada 25/01/2010 yang mana 2 points berikut amatlah kita ambil berat.
Menurut surat KWSP;
-SILA AMBIL PERHATIAN bahawa sekiranya pihak tuan, sebagai majikan, gagal dan/atau enggan mengemukakan caruman pekerja kepada KWSP dalam tempoh yang detetapkan, tuan boleh didakwa di Mahkamah si atas kesalahan di bawah Seksyen 43 (2) Akta KWSP 1991 dan jika disabitkan, tuan boleh DIHUKUM penjara tidak melebihi 3 tahun atau denda maksima RM 10,000 atau kedua-duanya sekali.
-Selanjutnya, SILA JUGA AMBIL PERHATIAN, jika tuan, sebagai majikan, telah memotong daripada upah pekerja untuk caruman syer pekerja tetapi gagal mengemukakan caruman tersebut kepada KWSP, tuan adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 48(3) Akta KWSP 1991 dan jika disabitkan,tuan boleh dihukum penjara selama 6 tahun atau denda maksima RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Kita telah hadir ke KWSP semalam untuk membincangkan hal serius ini dan kelihatanya KWSP tidak akan melepaskan kita. Biarpun sudah menjelaskan tidak bekerja, tidak ada harta, tidak ada kereta, tempat tingal rumah juga bukan milik kita, nama orang lain punya dan segala macam yang lain.
Soalannya: Kita mesti hadir ke KWSP pada jumaat akan datang ini untuk berbincang dengan orang nombor satu KWSP sama ada dibenarkan membayar secara ansuran untuk jumlah sebanyak RM50,000+ (Sekrg termasuk bunga, dah jadi Rm60k+) atau dibawah kes ini ke mahkamah. Sementara ini, tak ada kerja, macam mana bayar?
Jumlah hutang itu termasuk yang lain, kalau betul-betuk nak dihitungkan tidak kurang RM3 juta.
Apakah cara yang terbaik untuk kita daripada pengalaman anda?
Saya mengucapkan ribuan berterima kasih tedahulu.
Terima kasih