Lawyerment Discussion Forum
The Malaysian Law Discussion Forum for All
Forum Home | Sign In | Sign Up | Search | Help | Lawyerment HomePost a New Message | Reply this Thread | Printer

Home / Malaysia Bankruptcy Law / Business & Consumer Bankruptcy Law
cara-cara membuat tuntutan saman malu

New Messagecara-cara membuat tuntutan saman malu (modified 0 times) michael
Saya telah dibankrup oleh pihak securities diatas kesalahan yang tx pernah saya lakukan pada 1997.Saya mendapat tahu yang bankrup notice RO telah diperolehi pada 2007.Segala surat menyurat dan saman tidak pernah saya terima dan alamat tentera adalah alamat salah seorang remisier securities tersebut,setelah penyiasatan dibuat sendiri.Saya mengetahui yang saya mempunyai masalah bankrup pada tahun 2005 apabila syarikat saya telah memberi ESOS kepada pekerjanya.Laporan polis telah dibuat pada tahun 2005 dan laporan kimia mengenai pemalsuan tandatangan saya telah diterima pada Oktober 2009 daripada pihak polis.Pada Disember 2009 saya telah melantik peguambela untuk memfailkan penarikan semula bankrup saya di mahkamah tinggi dan peguambela pihak securities telah menghubungi peguam saya dan sepucuk surat menyatakan pihak securities akan menarik balik RO bankrup saya dan saya pada bila-bila masa pun tidak akan menyaman pihak securities.Setelah 5 tahun berlalu,banyak pekara sedih menyelubungi hidup saya dimana terpaksa menjual rumah dan tidak mempunyai pekerjaan tetap walhal sebelum ini saya adalah eksekutif disebuah syarikat telekomunikasi terkemuka negara dan disebabkan perkara bankrup ini saya telah dinasihatkan berhenti (rela hati) disebabkan HR telah mengetahui status bankrup.Jadi disini saya memohon jasa baik tuanyang arif mengenai undang-undang,bagaimanakah boleh untuk saya melawan balik kes tersebut dengan membuat tuntutan saman malu dan apakah butiran yang perlu saya nyatakan semasa tuntutan saman malu dilakukan,terima kasih
22 Feb, 2010 14:07:00

New MessageRE:cara-cara membuat tuntutan saman malu (modified 0 times) peter538
Michael,
Sebenarnya mengenai kehilangan kerja kamu, kamu boleh mengambil tindakan dgn Jabatan Buruh. Mereka sepatutnya tidak boleh memaksa kamu berhenti, sebab kamu bankrap selepas kamu kerja disana dan bukan sebelumnya.

Mengenai saman malu ini, kamu kena dapat nasihat & bimbingan dari peguam. Mungkin kamu boleh memyebut hal kamu pada peguambela untuk nasihat. Jika kes ini sudah rumit atau lapuk mereka akan nasihatkan pada kamu berpatutan samada kes ini kuat utk disambung & biasanya tiada caj utk nasihat sedemikian. Kes saman malu saya tidak beberapa tahu. Sepatutnya 5 tahun lalu, kena saman company securities itu. /peter

22 Feb, 2010 17:41:02

New MessageRE:cara-cara membuat tuntutan saman malu (modified 0 times) lisa
sekiranya kita telah dituduh sebagai perampas dan perosak rumah tangga orang, sedangkan hal tersebut bukanlah seperti yang disebut, adakah saman malu boleh dibuat??
08 Oct, 2010 10:47:45

New MessageRE:cara-cara membuat tuntutan saman malu (modified 0 times) aeen azrol
slm...
ingin bertanya...
jika sekiranya kita dituduh pernah ditangkap khalwat dan orang yg menuduh itu post kenyataan trsebut di status facebooknya tp tdk dimasukkan name org yg dituduh..ttp di komen page lain, org itu mmg tuju kpd kita..blh x kalo saya nk saman malu kerana smue kenalan akan mengetahui dan membaca tuduhan tersebut..
23 Aug, 2013 10:24:12

New MessageRE:cara-cara membuat tuntutan saman malu (modified 0 times) aeen azrol
Ingin bertanya,
jika sekiranya kita dituduh pernah ditangkap khalwat dan orang yg menuduh itu menulis kenyataan tersebut di status facebooknya tp tdk dinyatakan name org yg dituduh disitu..tetapi orang yg menuduh itu telah membalas komen di page lain dengan menujukan tuduhan tersebut kpd kita..blh x kalo saya nk saman malu kerana semua kenalan facebook & 1 dunia akan mengetahui dan membaca tuduhan tersebut?

Apakah persediaan yang perlu dilakukan sebelum memfailkan suatu tuntutan saman malu/fitnah di mahkamah?

1.Adakah perlu membuat repot polis?

2.Apakah perbezaan saman fitnah, tort, saman teladan dan saman gantirugi hayat?

23 Aug, 2013 10:52:03

New MessageRE:cara-cara membuat tuntutan saman malu (modified 0 times) Attorney Salim
Aeen Azrol,

Pada hemat saya, kamu ada alasan tindakan (cause of action)yang bagus untuk memfailkan saman fitnah terhadap pelaku tersebut.

Mengenai soalan kamu apakah perbezaan saman fitnah, tort, saman teladan dan saman gantirugi hayat, sebenarnya perkataan2 tadi adalah istilah2 standard yang digunakan di dalam sesuatu saman, terutama saman fitnah.

Tort itu merupakan undang2 yang berkaitan dengan diri contohnya orang membuat fitnah terhadap kita atau memalukan kita, itu semua tergolong dalam undang2 tort.

Mengenai saman teladan itu, saya kira anda merujuk kepada gantirugi teladan/tauladan (exemplary damages) bertujuan memberi pengajaran kepada si pelaku fitnah agar tidak mengulangi perbuatan fitnah.

Saman fitnah boleh difailkan di mana2 Mahkamah Sesyen berdekatan anda. Dulu bidangkuasa saman fitnah adalah di bawah kuasa Mahkamah Tinggi tetapi baru2 ini dibuat pindaan yang membolehkan Mahkamah Sesyen mengendalikan kes-kes saman fitnah.

01 Jul, 2014 12:07:08

New MessageRE:cara-cara membuat tuntutan saman malu (modified 0 times) Attorney Salim
Aeen Azrol,

Walau bagaimanapun, sebelum memfailkan saman fitnah di Mahkamah, pihak Plaintif (orang yang menyaman)mesti buktikan kenyataan fitnah tersebut adalah tidak benar, jika tidak, pihak Defendan (orang yang di saman) boleh membawa pembelaan 'justification' iaitu bahawa kenyataan yang dia buat adalah betul dan bukan fitnah. Dalam kes cik Aeen Azrol, perlu pastikan hal ditangkap khalwat tersebut adalah tidak betul barulah boleh saman orang yang membuat cerita tersebut. Laporan polis adalah digalakkan untuk dibuat sebagai dokumen sokongan semasa perbicaraan. Sekian terima kasih

01 Jul, 2014 12:12:48

New MessageRE:cara-cara membuat tuntutan saman malu (modified 0 times) Airul
Salam
Ingin bertanya, keluarga saya telah ditipu oleh agent pelancongan sebanyak 30k, saya telah membuat laporan polis .. Untuk pengetahuan, bukan hanya keluarga saya di tipu malah ramai lagi mangsa lain yang ditipu..setakat ini di bawah pengetahuan saya ada 3 report penipuan yang membabitkan amount yang agak besar. Kami telah berpakat sesama mangsa untuk viralkan kes penipuan ini ke dalam facebook supaya orang lain tidak lagi dianiaya seperti kami. Tapi sebaliknya dia telah mengugut saman malu ke atas kami. Apakah yang patut kami lakukan tuan di atas ugutan tersebut?

Terima kasih

13 Dec, 2014 17:00:24

New MessageRE:cara-cara membuat tuntutan saman malu (modified 0 times) ??????
Senang shj Jika ada peluang.. >30K hutang.. saman dia sampai bankrapt..
13 Dec, 2014 20:13:52

New MessageRE:cara-cara membuat tuntutan saman malu (modified 0 times) Airul
Persoalannya valid ke saman malu/fitnah tersebut sekiranya berita yg di sampaikan di media sosial adalah benar. Tujual viral adalah supaya org ramai berwaspada.
13 Dec, 2014 20:36:01


Post a New Message | Reply this Thread | Printer | Forward
All times are MYT


Copyright © 1999-2014 Lawyerment.com. All rights reserved

Privacy Policy | Terms Of Use | Contact | About Us | Advertising Opportunities
Disclaimer - Please Read Carefully

These Bulletin Board pages are intended as a public service primarily to allow non-lawyers and lawyers to share experiences and opinions with other non-lawyers and lawyers. They are NOT intended to be a source of advertising, solicitation, legal advice, self-promotion or disparagement. Lawyerment assumes absolutely no responsibility for postings or their content. Visitors may post questions, comments and replies without prior review by Lawyerment, but we reserve the right to delete any postings (in whole or in part) for any reason at any time.
However, the fact that a posting remains on site NEVER means that it has been approved or endorsed by Lawyerment. By making a posting you are agreeing that the material you post becomes the property of Lawyerment. Lawyerment is a unit of Magnificent Communication. Visitors should exercise great caution when reading this (or any other) Bulletin Board. Be aware that those who post messages may not be who they claim to be. Never to rely on any advice in legal matters except from an attorney you have retained to represent you and your interests. To locate and retain an attorney we suggest you visit our Lawyerment Lawyers' Directory.
Click here to visit Lawyerment.com for 1000's of answers to legal questions. Please read our Privacy Policy and Disclaimer & Conditions Of Use.
Copyright © 1999-2014 Lawyerment.com. All rights reserved