Kutu Gadjet Online di Facebook.

866 Views  •  Asked 11 Years Ago
asked on Oct 18, 2012 at 21:11
by  
Hi, Sy telah mengikuti group kutu gadjet online di FB bermula Jan 2011 dan telah tamat pada Aug 2012 (8 bulan). Gadjet: Galaxy Tab 7 Plus.Status barang: PRE-ORDER. Bayaran Kutu: RM225 x 8 bulan:TOTAL=RM1800. Saya telah selesai membayar RM225 sehingga bulan July 2012 (Total byrn saya: RM1575).  Bada bulan Februari, Samsung telah melancarkan Galaxy Tab 7.7, dan menyebabkan Gadjet sy JATUH HARGA menjadi RM1200 sebelum sy mendapat brg tersebut, sedangkan sy byr untuk RM1800! Sy telah inbox admin kutu dan bertanya jika saya boleh upgrade kpd Galaxy Tab 7.7 kerana nilai 7.7 sama dgn jumlah kutu yg saya bayar, tetapi admin telah menafikan dan mengarahkan sy untuk menambah RM250 pula (Total baru sy dikehendaki membayar ialah: RM2050, sedangkan harga pasaran RM1899 sahaja), jika sy beli dikedai pun, price tidak akan setinggi ini dan sy automatik mendapat FREE GIFT tanpa diminta, padahal dan gadjet2 dlm group kutu tersebut adalah PRE-ORDER! Jd, sy pun terpaksa membatalkan niat sy untuk upgrade item, tetapi bertindak dengan tidak membayar turn terakhir bernilai RM225 (turn admin sendiri). Perlu maklum bahawa, walaupun sy TIDAK membayar turn terakhir, tetapi, jumlah byrn sy sblm ini yg bernilai RM1575, melebihi nilai brg sy, SAYA SUDAH TIDAK BERHUTANG). Admin maklum tentang hal ini dan membalas di inbox FB, pada 31August2012 "So kire u amek ikut harga pasaran la tu..me as admin kene tanggung plak lebihan tu.lagipun bkn I bg tab shj!! Ada extra kits.Its ok if u xmo byr.Tq for joining & ur advice!!" Lagi satu, admin tersebut inbox sy "Its ok ...pape pun sbgai umat islam yg berniaga akad ni..saya jual gadjet2 itu ye..
Amanah korang dh sya tunaikan..terima kasih byk2.Maaf zahir batin." kemuadian admin langsung tidak pernah inbox sy lagi untuk menuntut apa2 bayaran. Saya telah mendapat gadjet sy pada bulan April dan tetap membuat byrn seperti biasa sehingga July. Kesinambungannya, sy telah di KICK drpd group kutu tersebut tanpa pengetahuan sy. Segala perbincanagn diatas adalah melaui INBOX, hanya sy, admin dan ahli kutu group ini shj yg maklum hal ini. Ahli lain juga majoriti menyokong tindakan sy, seorg lg pemain kutu ini mengambil tindakan spt sy, iaitu tidak membayar turn terakhir pd bulan AUG.

Antara masalah yg sy alami ialah:
1. Admin kutu ini telah memalukan saya secara tidak langsung dgn menggunakan status berbaur fitnah mengatakan ada pemain kutunya berhutang (admin tidak maklumkan nama). Rakan2 FB admin telah komen diruangan status admin dan bertanya siapa org yg berhutang tersebut, admin balas "sy inbox". Menyebabkan pada 1 September 2012, seseorg yg menyaku adik kpd admin inbox FB sy spt berikut: "Tlg byr blk duet qzz..klu skunk x byr selamat la...kat akhirat nnt lg ssh...np ms join tu x bt kire2 dulu???semua yg maen pown bgse melayu gak...igt skunk awk lepas,klu ade org bt ank cucu awk mcmane?...pk2la..."

***Sy agak tidak berpuas hati dgn tindakan ini, kerana hal ini telah DIKETAUHI OLEH PIHAK KETIGA! Plus, jika admin sebenarnya tidak berpuas hati DIA SENDIRI patut berbincang dgn saya. Hanya kami yang tahu bahawa SAYA TIDAK BERHUTANG, kerana nilai yg sy bayar, adalah MELEBIHI nilai brg yg sy terima. Tindakan admin yang telah menyebarkan profile FB sy sebagai PENIPU telah menyebabkan sy malu dan reputasi bisnes yang saya jalankan secara online tercalar. Sy yakin bukan seorg rakan FB nya yg admin telah inbox untuk memaklumkan bhw sy ialah penipu tersebut.

2. Hari ini, 18/10, sekali lagi admin kutu menulis status FB beliau seperti berikut sebaik shj sy mempromosikan page niaga sy, yang sy terbaca melalui news feed sy "Saya taw kamu on9 dan sibuk mempromote brg2 jualan kamu.Tp bile saya inbox & komen kamu xde nak reply pun kan????????? Pls la ye hutang ttp kene byr walau mcmana pun.Ingatlah kamu pun berniaga juga.Ada mase nnt Allah akan balas semula perbuatan kamu tu.So renung2kan lah!!!!!!!!!!!!!!!!!" Seperti biasa, ramai yg komen untuk mengetahui siapakan yg dimaksudkan oleh admin. Admin membalas komen2 tersebut dgn "Ermmm...lame dh up tp xde respon!!!! Td nmpk dia on9 terus bg msg pun senyap!!!!!!!!! Nmpk kan penipu???? Cmne kalo berniaga tu???? Huhuhu" "Aritu dh naik name dia kat Anak kutu bermasalah..." "Nak taw pm saya bgtaw...  ".. Sy yakin, nama sy telah diburukan sekali lagi.. Kali ini, bisnes sy dikaitkan.. Sedangkan admin sendiri tidak pernah berhubung dgn sy selepas kejadian tersebut. Malahan sy juga telah di Kick keluar dr group. Sebelum sy dikick, sy sempat print screen gambar2 drpd group tersebut. termasuk terms & condition group tersebut dan sebagainya sbg persediaan bukti sy. Skrg sy amat malu akibat tindakan admin. Skrg, Admin kutu juga telah mengaibkan bisnes sy.

Saya berniat untuk mengambil tindakan undang2. Seperti saman malu/fitnah.. Apa pedapat Tuan.. Bantu saya.. Terima kasih byk2..
0 had this question
Me Too
0 favorites
Favorite
[ share ]

Know someone who can answer? Share a link to this question via email, Twitter, or Facebook.


You must log in to answer this question.

Not the answer you're looking for? Browse other questions by category or search to find answers.